Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2018-08-06 at 3.46.34 PM

ZenFone Live – Peranti Android Go Pertama Dari Asus

Diterbitkan Ogos 6, 2018 oleh Helmi Samsuri

Sejumlah peranti telah diperkenalkan dengan sistem operasi berspesifikasi rendah Android Go.

Melalui Android Go, ia mengoptimumkan kepada tiga perkara asas iaitu, sistem operasi, Google PlayStore, dan aplikasi Google (Maps Go, YouTube Go, dll) dengan memberikan pengalaman yang lebih baik untuk telefon berspesifikasi rendah.

Bakal mengikut jejak langkah beberapa pengeluar lain, Asus telah mengumumkan kehadiran peranti Android Go untuk pasaran kelas permulaan.

Dikenali sebagai Asus ZenFone Live, ia dipacu dengan cip pemprosesan Snapdragon 425, diiringi memori RAM 1GB, nilai maksimum bagi sistem operasi Android Go. Bagi ruangan simpanan data, ia dilengkapi dengan storan 16GB.

Hadir dengan skrin paparan IPS 5.5 inciĀ  bernisbah 18:9 dan resolusi 720piksel. Kamera belakang menggunakan lensa 8MP dan bahagian hadapan menggunakan kamera 5MP. ZenFone Live juga menyokong dwi kad sim dengan janaan bateri sebesar 3000 mAh.

Menjalankan antaramuka ZenUI dan mengoperasikan Android Oreo 8.1 edisi Go, ZenFone diletakkan pada nilai $109.99 iaitu lebih kurang RMĀ 448.70, mengikut kadar tukaran matawang asing semasa.

Sumber: Android Police

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
©2026 WISER.MY