Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Zenfone 5 Peranti Pertama Asus Dengan Kebolehan A.I Dan Penarafan 93 Markah Dari DxO Mark

Zenfone 5 Peranti Pertama Asus Dengan Kebolehan A.I Dan Penarafan 93 Markah Dari DxO Mark

Diterbitkan Mei 31, 2018 · Dikemas kini Jun 1, 2018 oleh Wiser MY

Asus Malaysia pada harini telah melancarkan dua peranti terbaru Zenfone iaitu Zenfone 5 dan juga Max Pro (M1). Dua peranti kelas pertengahan ini  disasarkan kepada pengguna yang mahukan prestasi yang mengkagumkan tanpa perlu berbelanja lebih.

Zenfone 5 Peranti Pertama Asus Dengan Kebolehan A.I Dan Penarafan 93 Markah Dari DxO Mark

Asus menggelarkan peranti ini sebagai peranti paling pintar mereka pernah hasilkan. Ini kerana Zenfone 5 menyokong fungsi A.I yang merangkumi dari segi paparan, kamera, nada dering, pengecasan dan pengecaman gambar.

Zenfone 5 Peranti Pertama Asus Dengan Kebolehan A.I Dan Penarafan 93 Markah Dari DxO Mark

Zenfone 5 Peranti Pertama Asus Dengan Kebolehan A.I Dan Penarafan 93 Markah Dari DxO Mark

Peranti berukuran 5.5″ ini dilengkapi skrin paparan 6.2″ FHD+ dengan bingkai nipis ini juga menyertakan rekaan takuk yang boleh dihilangkan menerusi tetapan peranti. Asus juga menerangkan yang skrin paparan akan mengikut format video yang dimainkan dan akan menyesuaikannya mengikut gaya tontonan pengguna.

Zenfone 5 yang telah memenangi beberapa anugerah di MWC 2018 baru-baru ini menekankan fungsi A.I mereka ke dalam penggunaan peranti. Dalam fotografi misalnya, pengguna cuma perlu menghalakan lensa kamera ke subjek dan sistem operasi kamera akan mengubah tetapan kamera mengikut subjek yang ditangkap.

Zenfone 5 Peranti Pertama Asus Dengan Kebolehan A.I Dan Penarafan 93 Markah Dari DxO Mark

Secara tak langsung, DxO Mark juga telah memberi penarafan 93 markah kepada Zenfone 5 atas prestasi kamera mereka. Telefon pintar ini dilengkapi sistem audio yang hebat dengan menggabungkan 2 pembesar suara dari NXP untuk memberikan pengalaman audio yang lebih hebat.

Zenfone 5 Peranti Pertama Asus Dengan Kebolehan A.I Dan Penarafan 93 Markah Dari DxO Mark

Berikut merupakan spesifikasi lain untuk peranti Zenfone 5.

Warna Midnight Blue, Meteor Silver
Skrin Paparan 6.2″ Full HD+ Panel IPS Dengan nisbah 19:9
CPU Qualcomm Snapdragon 636
GPU Andreno 509
Memori RAM: 4GB ROM:64GB
Kamera Utama f/1.8 12MP Sony IMX363 + 120° Wide Angle Camera
Kamera Hadapan f/2.0 8MP dengan face unlock
Kad SIM Hybrid slot
Bateri 3300mAh
Audio Dua speaker NXP smart amplifiers
Berat 155g

Zenfone 5 Peranti Pertama Asus Dengan Kebolehan A.I Dan Penarafan 93 Markah Dari DxO Mark

Harga yang ditawarkan untuk Zenfone 5 adalah RM 1,299 dan boleh mula didapati di Lazada dengan cara pra-tempahan bermula 4 Jun ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY