Zenfone 4 Selfie, Zenfone 4 Selfie Pro Serta Zenfone 4 Max Pro Mula Dipasarkan Di Malaysia Bermula 25 Ogos Depan

Sejurus selepas pelancaran telefon pintar siri Zenfone 4, terdapat satu perkhabaran gembira buat peminat peranti ini di Malaysia dimana 3 buah model daripada 5 model yang dilancarkan sebentar tadi bakal mendarat di Malaysia seawal minggu hadapan.

3 buah model yang terlibat adalah...

  1. Asus Zenfone 4 Selfie (RM899)

  2. Asus Zenfone 4 Selfie Pro (RM1799)

  3. Asus Zenfone 4 Max Pro (RM1099)


...yang akan dijual bermula pada 25 Ogos hadapan. Bagi anda yang tidak sabar lagi untuk membeli, pra-tempah ketiga-tiga model ini sudah pun bermula hari ini dan dijadualkan tamat pada 24 Ogos 2017.

Pembelian secara pra-tempah boleh dibuat melalui platform e-Dagang Lazada, dan Shopee dan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Asus Zenpower secara percuma.

Antara aksesori tambahan yang bakal dinikmati secara percuma oleh bakal pembeli adalah;

  • Selfie stick

  • Kabel OTG

  • Pelindung skrin

  • Kabel MikroUSB

  • Powerbank Asus Zenpower 10050 mAh bernilai RM99