ZenBook Flip Membuat Kemunculan Di IFA 2018

Segar dari pelancaran peranti ZenBook Pro dan VivoBook S di Malaysia, ASUS kini telah memperkenalkan siri ZenBook terbaru mereka, ZenBook Flip. Didatangkan dengan 2 saiz ukuran skrin, 14 dan 15 inci.

ZenBook Flip 2018 ini direka 10% lebih kecil berbanding model terdahulu dan mempunyai ciri-ciri paparan NanoEdge yang menampilkan skrin paparan dengan bingkai nipis dan 90% nisbah skrin paparan ke badan.

ZenBook Flip ini meneruskan tradisi rekaan ZenBook yang diinspirasikan dari falsafah Zen menawarkan fungsi serba boleh kepada pengguna mereka. Dengan ErgoLift hinge yang boleh berputar sebanyak 360º, ZenBook Flip ini boleh berfungsi sebagai komputer riba yang biasa atau sebagai tablet. Mekanisma bukaan skrin ini sekurang-kurangnya telah diuji sebanyak 2,000 kali untuk memastikan ketahanannya.

Untuk kemampuan prestasi, ZenBook Flip dikuasakan dengan cip Intel® Core® generasi ke-8, storan dari jenis PCIe SSD dan juga kad grafik NVIDIA GTX 1050 MAX-Q.

SKrin paparan 4K UHD telah dikaliberasi oleh PANTONE memastikan visual paparan sentiasa tampil menarik. Skrin paparan juga menyokong fungsi sentuhan bagi meningkatkan produktiviti pengguna.

Tarikh mengenai ZenBook Flip ini datang ke Malaysia belum diketahui lagi dan besar kemungkinan peranti ini akan hadir ke negara ini pada akhir tahun ini.

Zacky Venge

Zacky Venge

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408