Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telefon Asus Dengan Cip Snapdragon 888 Diperkenal Bulan Depan

Telefon Asus Dengan Cip Snapdragon 888 Diperkenal Bulan Depan

Diterbitkan April 26, 2021 oleh Wiser MY

Selepas pelancaran telefon permainan ROG 5 beberapa bulan lepas, Asus mengumumkan tarikh pelancaran telefon baharu mereka menerusi laman rasmi mereka.

Telefon Asus Dengan Cip Snapdragon 888 Diperkenal Bulan Depan

Barisan telefon baharu mereka Asus Zenfone 8 akan dilancarkan pada tarikh 13 Mei 2021 ini. Menurut cakap-cakap setakat ini, barisan baharu ini akan hadir dengan dua atau tiga model iaitu Zenfone 8, Zenfone 8 Mini, dan Zenfone 8 Pro.

Dengan slogan “Big on performance. Compact in size.”, ramai menjangkakan telefon ini akan hadir dengan cip berkuasa Snapdragon 888 dengan ram sehingga 16GB.

Selain itu, ada juga jangkaan yang ia akan didatangkan dengan paparan 120Hz kadar segar, menyokong 30W pengecasan pantas, serta dilengkapi sensor kamera 64MP.

Namun begitu, Asus belum memberi apa-apa ulasan mengenai cakap-cakap spesifikasi oleh orang ramai.

Harga pasaran dan tarikh pelancaran di Malaysia juga masih belum di beritahu. Sama-sama kita nantikan pengumuman selanjutnya dalam oleh Asus dalam tempoh terdekat.

Sumber: gsmarena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY