Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Telefon Flip Dari Samsung Muncul Kembali Di Korea Selatan

Posted on Jun 23, 2017Jun 23, 2017

Jika kita bercakap mengenai telefon pintar pada masa sekarang, pasti kita akan membayangkan sesuatu berbentu segi empat sama dengan bahagian hadapan yang dipenuhi dengan skrin paparan.

Dua dekad yang lepas, rekaan telefon flip menjadi rekaan utama bagi kebanyakkan telefon pada masa itu sama ada dari pengeluar barat dan juga timur.

Samsung kali ini mengembalikan nostalgia tersebut sambil mengeluarkan sesuatu yang agak berlainan dari pengeluar lain dengan memperkenalkan telefon pintar flip mereka di Korea Selatan.

Peranti yang diberi nama Galaxy Folder 2 itu diperkenalkan di negara China terlebih dahulu pada tahun lepas dan cuba memasarkannya kepada negara kelahiran syarikat gergasi teknologi itu.

Spesifikasi yang dibina di dalam telefon ini ialah:

  • Paparan skrin 3.8 inci
  • Kamera belakang 8-MP dan kamera depan 5-MP
  • Bateri kapasiti 1,950 mAh
  • 2 GB RAM
  • 16 GB ROM

Melihatkan spesifikasi di atas pastinya telefon flip ini bukanlah untuk kebanyakkan penguna tetapi untuk mereka yang mungkin masih meminati rekaan sebegini dan tidak mahu spesifikasi yang berkuasa tinggi.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress