Untuk cip grafik, NVIDIA® GeForce® MX150 (2GB GDDR5 VRAM) melengkapi VivoBook S ini. Panel paparan pula dari jenis LED-backlit dengan resolusi FHD (1920 x 1080) yang berukuran 15.6-inci.
VivoBook S menggunakan memori RAM DDR4 berkapasiti 4GB manakala ruang storan pula mengandungi 2 bahagian, 128GB atau 256GB SATA SSD dan 1TB HDD.
Faktor menarik untuk VivoBook S ini adalah pilihan warna yang ditawarkan untuk pengguna. Pengguna boleh memilih 4 pilihan warna; Icicle Gold, Gun Metal, Star Grey dan Firmament Green.
Pengalaman menaip di atas VivoBook S ini juga dipertingkatkan dengan ErgoLift kerana apabila komputer riba ini dibuka, papan kekunci akan dinaikkan sebanyak 3.5° disebabkan rekaan hinge VivoBook S membuatkan kerja-kerja menaip menjadi lebih selesa dan ruang pengudaran untuk komputer riba menjadi baik.
Harga yang ditawarkan untuk Asus VivoBook S 15 ini bermula dari RM 2,899 mengikut variasi.
Berkaitan
- Microsoft Disaman Sebanyak RM 2.3 Bilion Kerana Windows 10
- Huawei Bawakan Dua Komputer Riba Untuk Pasaran Malaysia Dan Pra-Tempah Kini Sudah Dibuka
- OPPO Bekerjasama Dengan AWS, Janjikan Storan Awan Lebih Selamat
- Barisan TV OLED LG 4K Dan 8K Akan Masuk Malaysia Tidak Lama Lagi
- Kini Giliran Mark Zuckerberg Untuk Bercakap Pasal Isu Fitnah
- Kini Anda Boleh Membeli Belah Terus Dari Aplikasi Instagram
- 5G Bukan Sahaja Laju Malah Membuka Satu Dunia Baru Kepada Kita
- Dapatkan Telefon Pintar vivo Serendah RM359 Di Shopee Dan Lazada
- GoPro Lancarkan Sebuah Aplikasi Yang Dipanggil QuikStories
- Pra Tempah OPPO Reno5 F Crystal Silver Dapat Hadiah Percuma RM238