ASUS THOR Kini Dengan Paparan OLED Dan Tidak Dilupakan RGB

ASUS ROG sebagai pembuat barangan-barangan elektronik komputer sinonim dengan pasaran gaming kini mengeluarkan ROG Thor. PSU yang menampilkan paparan OLED dan lampu RGB di badannya itu membekalkan kuasa sehingga 1200W penarafan Platinium.

Paparan OLED ini akan memaparkan penggunaan kuasa dalam masa nyata jadi pengguna boleh melihat sendiri berapa banyak kuasa yang sedang digunakan oleh sistem pada bila-bila masa sahaja.

Lampu RGB untuk Thor juga boleh dipadankan dengan papan induk yang menyokong fungsi Aura-Sync. ROG Thor ini berdasarkan PSU yang dibuat oleh Seasonic Prime tetapi dipertingkatkan dari segi heatsink dan komponen yang digunakan memberikan pengurangan 20% haba dari sepatutnya.



 

PSU fully modular ini diberi jaminan 10 tahun untuk komponen dalaman dan 3 tahun untuk paparan OLED dan juga lampu RGB. ROG Thor 1200W Platinum dijangka akan dijual bermula dari $250 (RM 1,035) dan versi 850W juga akan dijual kemudian dengan harga yang masih belum diketahui.

Sumber