Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTuber Minecraft Catat 2 Rekod Dunia Guinness Sekaligus

YouTuber Minecraft Catat 2 Rekod Dunia Guinness Sekaligus

Diterbitkan Ogos 8, 2022 · Dikemas kini Ogos 8, 2022 oleh ariff bukhari

Seorang YouTuber dan juga penstrim Twitch bernama Dream telah dianugerahkan sebanyak 2 Rekod Dunia Guinness kerana kejayaan kandungan permainan Minecraft menerusi 2 platfom media sosial itu.

Menerusi Minecraft, Dream kini sudah memiliki seramai 30 juta pengikut di saluran YouTube nya.

Kali pertama saluran YouTube itu terima pengesahan YouTube adalah pada 16 Jun 2022 di mana ketika itu beliau sudah memiliki lebih 29.3 juta pengikut.

Selain mencatat rekod sebagai saluran YouTube Minecraft yang memiliki paling ramai pengikut, beliau juga berjaya mencatatkan sebagai saluran yang menerima tontonan tertinggi untuk permainan Minecraft di YouTube.

Rekod Dunia Guinness

Menerusi video berjudul “Minecraft Speedrunner VS 3 Hunters GRAND FINALE” di saluran YouTube nya itu, ia berjaya mencatatkan rekod tontonan sebanyak lebih daripada 114 juta.

Berkaitan

  • Xiaomi Lancar Lebih 500 Cawangan Baru, Cipta Rekod Dunia Guinness
  • Miliki Lebih Dari 20,000 Koleksi Permainan Video, Antonio Romero Tersenarai Dalam Rekod Dunia Guinness
  • Lelaki Ini Miliki Lebih Daripada 2000 Unit Telefon Mudah Alih Pelbagai Model

Identiti pemilik akaun YouTube Dream itu masih kekal misteri sehingga ke hari ini di mana beliau tidak pernah mendedahkan wajahnya kepada umum.

2 Anugerah Rekod Dunia Guinness itu disampaikan melalui rakannya JackSucksatLife.

Rekod Dunia Guinness 2
JackSucksatLife terima 2 Anugerah Rekod Dunia Guinness itu bagi pihak Dream.

Sumber: Guinness World Records

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY