Perkara itu sekaligus menjadikan mereka sebagai pemegang Rekod Dunia Guinness bagi pembukaan cawangan terbanyak dalam masa satu hari.
https://twitter.com/XiaomiIndia/status/1064793229504192513
Menurut satu kicauan di Twitter Xiaomi India, pembukaan besar-besaran itu adalah sebagai tanda permulaan bagi model perniagaan baru Xiaomi. Mereka menyasarkan untuk membuka 5,000 kedai baru dan menggajikan sekurang-kurangnya 15,000 pekerja di India.
Ini berkait rapat dengan keputusan kajian pasaran suku ke-tiga 2018 yang dibuat oleh IDC baru-baru ini. Dalam laporan kajian berkenaan, Xiaomi didapati menguasai 27.3% pasaran India, lebih tinggi berbanding mana-mana pengeluar lain. Samsung yang sebelum ini menguasai negara tersebut jatuh ke tangga kedua dengan penguasaan pasaran sebanyak 22.6%.
Bermula pada penghujung tahun lalu, Xiaomi juga rancak menembusi beberapa pasaran baru di Eropah seperti Itali, Sepanyol dan England. Ia sekaligus membolehkan lebih ramai pelanggan menikmati sendiri layanan berstatus "flagship" daripada mereka di gedung-gedung Mi Store yang disediakan.
Sumber: Xiaomi India
Berkaitan
- Xiaomi Redmi Note 5 Mungkin Akan Mula Dijual di Malaysia Pada 24 April
- Redmi Note 6 Pro Akan Mula Dipasarkan Di Malaysia Pada 20 Oktober Ini
- Xiaomi Malaysia Keluar Kenyataan Rasmi Mengenai Ketibaan Peranti Black Shark
- Lagenda Siri Komik Marvel, Stan Lee Meninggal Dunia Pada Usia 95 Tahun
- OPPO Beri Peluang Kepada Peminat Untuk Mereka Cipta Logo/Perkataan 'Reno'
- Pelanggan Warga Emas Dilayan Dengan Buruk, TM Diminta Lebih Prihatin
- Kamera Pengawasan Tanpa Wayar Bagi Kegunaan Luar Rumah Diumumkan Oleh Xiaomi
- Google Stadia Kini Rasmi - Main Tanpa Muat Turun, Di Mana Sahaja
- Selamat Tinggal Microsoft Paint
- Spesifikasi Penuh Honor 10 Kini Didedahkan Secara Rasmi Selepas Pelancaran