YouTube Tidak Lagi Benarkan Kandungan Berkenaan Cabaran Merbahaya & Prank Di Platform Mereka

YouTube adalah platform perkongsian video paling popular pada hari ini. Lebih dari 300 jam video dimuat-naik di laman berkenaan setiap minit.

Oleh sebab itu, mereka terpaksa mengemaskini polisi kandungan mereka dari masa ke semasa agar memastikan tiada video yang menyalahi undang-undang telah dimuat-naik.



Itulah yang dilakukan oleh mereka baru-baru ini, dimana YouTube telah mengambil keputusan untuk tidak lagi membenarkan kandungan berkaitan cabaran merbahaya dan prank selepas ini.

Keputusan itu terpaksa dibuat memandang beberapa kes kemalangan telah berlaku berpunca daripada dua aktiviti atas dasar hiburan berkenaan.



Antara aktiviti cabaran atau prank popular yang terbaru ialah "Bird Box Challenge" dan "Fire Challenge". Kedua-dua cabaran tersebut telahpun mengakibatkan kejadian yang tidak diingini berlaku sebelum ini.

Langkah yang diambil YouTube ini wajar dipuji kerana ia mampu menghalang daripada cabaran atau prank yang merbahaya ini daripada tersebar dengan lebih pantas dan diikuti oleh orang lain.

 

Sumber: The Verge   Layton Police