Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PewDiePie Dibuang Daripada YouTube Red dan Disney Maker Studio

PewDiePie Dibuang Daripada YouTube Red dan Disney Maker Studio

Diterbitkan Februari 15, 2017 · Dikemas kini Februari 15, 2017 oleh Haikel Areff

Seorang bintang YouTube iaitu Felix Kjellberg (SHEHL’-burg) atau nama samaran beliau PewDiePie digugurkan daripada Disney Maker Studios. Pengumuman dibuat selepas The Wall Street Journal melaporkan bahawa Kjellberg telah mencatatkan sembilan video anti-Yahudi sejak Ogos yang lepas.

Felix Kjellberg juga dikeluarkan daripada program pengiklanan Preferred Google dan musim ke-2 rancangan realiti beliau iaitu Scare PewDiePie bersama YouTube Red turut dibatalkan berhubung kontroversi mengenai imej Nazi dan rujukan anti-Yahudi dalam video di YouTube sejak enam bulan yang lalu.

Kjellberg telah mengumpul lebih daripada 53 juta subscribers di akaun YouTube dan memiliki salah satu daripada penonton terbesar di YouTube dengan menyiarkan klip dirinya bermain dan bercakap tentang permainan video disertakan dengan ulasan kelakar.

Maker Studios berkata dalam satu kenyataan bahawa Kjellberg telah menyebar unsur”provokatif dan kurang sopan” kepada pengikut-pengikutnya. Kjellberg memberi penjelasan melalui laman akaun Tumblr miliknya pada ahad yang lalu bahawa kandungan video yang di siarkan adalah semata-mata untuk hiburan dan tidak bermaksud apa-apa.

Sumber

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Bawa Pulang Produk Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY