Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Manambah Ciri Baru Di Ruang Komen

YouTube Manambah Ciri Baru Di Ruang Komen

Diterbitkan November 4, 2016 oleh Haikel Areff

Seperti mana yang kita tahu, kebanyakkan komen di YouTube sangat lah negatif dan selalunya terdapat unsur-unsur perkauman yang menyakitkan hati. Memang semua orang berhak memberi pendapat masing-masing tetapi ianya perlu membina. Sebelum ini YouTube telah meletakan beberapa ‘tools’ untuk pengguna YouTube dalam usaha untuk menapis komen-komen yang berbaur lucah dan tidak senonoh tetapi fungsi tersebut sangat tidak mesra pengguna, lantas kebanyakan pengguna terlepas pandang. Harini, YouTube mengumumkan mereka akan menambah beberapa ‘tools’ di ruangan komen, yang memudahkan pengguna yang memuat naik video mengawal segala komen-komen di video mereka.

ap_resize

Pemilik video di YouTube kini boleh menyenaraikan beberapa perkataan yang mereka rasa mencabul kehormatan atau dengan kata lain, perkataan yang mereka tidak mahu muncul di dalam ruangan komen video mereka. Yang menariknya, pemilik boleh menahan komen yang tidak bersesuai untuk diluluskan kelak.

Terdapat juga perubahan karektor di ruangan komen. Pemilik boleh ‘pin’ beberapa komen untuk berada di ruang paling atas. Sama seperti Reddit, nama channel di ruang komen akan berwarna merah untuk memudahkan ianya dikenal pasti. Akhir sekali, komentar boleh memberi ‘heart’ jika mereka menyukai video tersebut. Sebelum ini hanya terdapat ‘like’ atau ‘unlike’ di bawah komen. Perubahan ini masih belum dipaparkan secara rasmi di YouTube. Mudah-mudahan dengan perubahan ini, komen-komen di YouTube akan lebih murni dan membina.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY