YouTube TV Diperkenalkan Secara Rasmi Dengan Langganan Bulanan Sekitar RM 160

Hari ini Google telah mengumumkan perkhidmatan TV sendiri yang menggabungkan kira-kira 40 saluran secara langsung untuk servis tanpa kabel. Khabar angin tentang servis baru dari YouTube ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana mereka sudah berada dalam fasa beta sejak tahun lepas lagi.

YouTube TV akan menawarkan siaran secara langsung daripada ABC, CBS, FOX, NBC, ESPN, bersama-sama dengan beberapa saluran tempatan dan berpuluh-puluh rangkaian kabel popular. Anda juga mendapat sistem DVR yang berfungsi sepenuhnya menerusi cloud dan berupaya strim secara offline, jadi anda tidak akan perlu bimbang tentang kehabisan ruang simpanan.

TC6LlZeU_nQ0oN2a2dznqa0_u9k4JXYG4TSKdV3I2WunsD31DMfQvbZTTB5vwCmI7fGrdw=s2048

YouTube Red juga dimasukkan supaya anda boleh menonton kandungan eksklusif YouTube dan melayari YouTube tanpa iklan. Setiap keahlian akan diberikan akses sebanyak  6 akaun untuk bayaran bulanan sebanyak $35 setiap bulan tanpa komitmen.

Setiap akaun akan mempunyai ciri recommendation yang tersendiri dan DVR peribadi tanpa had storan. Cuma yang kurang menariknya, setiap satu akaun hanya dibenarkan untuk strim DVR sebanyak 3 kali sahaja pada masa yang sama.

Pada ketika ini YouTube TV masih belum dilancarkan ke pasaran Malaysia tetapi kepada yang berminat anda boleh pergi pautan yang disediakan di sini (YouTube TV) untuk keterangan selanjutnya.

Sumber

 

Berkaitan