Pencipta Flappy Bird Kembali Lagi Dengan Ninja Spinki Challenges

Masihkah anda ingat permainan Flappy Bird yang suatu ketika dahulu(2013) mejadi fenomena sehinggakan ada yang menghempas telefon mereka kerana ianya sangat susah dan menjengkelkan. Namun permainan Flappy Bird tidak bertahan lama kerana penciptanya Dong Nguyen menarik balik permainan itu dari pasaran.

Dong Nguyen kembali lagi dengan memperkenalkan permainan baru yang diberi nama Ninja Spinki Challenges dan ianya sangat sukar!.

Tetapi berbeza dengan Flappy Bird, permainan Ninja Spinki ini memiliki pilihan untuk menang, sekurang-kurangnya pengguna mempunyai matlamat untuk bermain. Tidak seperti Flappy Bird dimana ianya dimainkan tanpa garisan penamat(endless).

Untitled 1

Dong Nguyen berkerjasama bersama syarikat Jepun Obokaidem untuk membina Ninja Spinki Challenges. Di peringkat awal permainan ini anda akan dapati cabaran yang diberikan sangat mudah untuk menang. Lama kelamaan paras kesusahan semakin meningkat membuatkan anda mengulangi cabaran berkali-kali. Kemudian anda akan rasa ketagih untuk meneruskan dan mengulangi  cabaran permainan ini.

Dalam permainan ini akan terdapat dua mod. Cabaran pertama  mempunyai had masa untuk anda habiskan cabaran. Yang kedua cabaran 'endless' dimana anda perlu mengelak daripada "mati" tanpa had masa. Dengar macam mudah kan.

Ninja Spinki Challenges ini boleh didapat di kedua-dua platform Android dan iOS dan ianya adalah percuma. Dinasihati untuk mengawal emosi ketika bermain, jangan sampai ada yang kerosakan telefon.
Sumber: Ninja Spinki Challenges