Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nintendo Switch Dilapor Bakal Terima Aplikasi YouTube Tidak Lama Lagi

Nintendo Switch Dilapor Bakal Terima Aplikasi YouTube Tidak Lama Lagi

Diterbitkan November 7, 2018 oleh Haikel Areff

Aplikasi YouTube merupakan antara aplikasi yang wajib dipasang pada sesebuah peranti mudah alih. Boleh dikatakan tidak lengkap bagi peranti-peranti berkenaan sekiranya tidak memiliki aplikasi penstriman video terkenal tersebut.

Agak mengejutkan apabila Nintendo Switch, konsol permainan mudah alih paling popular ketika ini masih lagi tidak menyokong aplikasi berkenaan hingga hari ini. Bagaimanapun, ia dijangka akan berubah tidak lama lagi.

Nintendo Switch Dilapor Bakal Terima Aplikasi YouTube Tidak Lama Lagi
Kredit: Wccftech

Berdasarkan beberpa kiriman di forum ResetEra, pemain telah melihat pop-upĀ bagi aplikasi YouTube ketika mencari permainan di laman Nintendo. Namun, ia masih lagi belum ditawarkan untuk dimuat turun.

Setakat ini, Nintendo Switch hanya menyokong aplikasi Hulu sahaja sebagai platform penstriman videonya. Itu pun hanya untuk model-model di bahagian Barat sahaja. Maka dengan berita baru ini, ia merupakan satu pengakhiran bagi penantian oleh setiap pemilik Nintendo Switch.

 

Sumber: Polygon

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
©2026 WISER.MY