Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fungsi Isyarat Tangan Untuk Melangkau Video Pada Aplikasi Android Youtube Sedang Diuji

Fungsi Isyarat Tangan Untuk Melangkau Video Pada Aplikasi Android Youtube Sedang Diuji

Diterbitkan Ogos 1, 2018 oleh Haikel Areff

Youtube kini dikatakan sedang menguji fungsi baru bagi aplikasi Android mereka. Fungsi tersebut akan membenarkan pengguna untuk melangkau video hanya dengan menggunakan isyarat tangan sahaja.

Perkara itu telah ditemui oleh salah seorang pengguna mereka, Joe Kelly yang membuat kiriman pada laman Google+ miliknya pada 1 Ogos. Beliau telah mengirimkan satu video rakaman skrin yang menunjukkan beliau sedang melangkau video di aplikasi Youtube menggunakan isyarat tangan.

Sumber : 9to5goolgl@Youtube

Tatalan dari sisi kiri atau kanan skrin akan memainkan video yang berada di senarai seterusnya atau ‘Up Next‘. Sekiranya fungsi ini digunakan kelak, ia akan menggantikan butang next yang digunapakai sebelum ini.

Bagaimanapun, mungkin fungsi ini hanya menemui beberapa pengguna bertuah untuk percubaan sahaja. Kami di pihak Wiser telah mencuba fungsi ini, namun gagal menggunakannya.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY