Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Youtube Rewind 2020

YouTube Tidak Akan Memuat Naik Video YouTube Rewind Pada Tahun Ini

Diterbitkan November 13, 2020 ยท Dikemas kini Disember 10, 2020 oleh Amalina Athman

Sejak sedekad lalu, YouTube akan memuat naik satu video rangkuman yang dinamakan YouTube Rewind pada penghujung tahun. Ia dihasilkan bagi meraikan pengkarya, trend serta video-video popular pada tahun berkenaan.

Namun kini, YouTube dalam satu kenyataan mengumumkan YouTube Rewind 2020 tidak akan dimuatnaik pada tahun ini. Ia merupakan kali pertama Rewind tidak akan diterbitkan sejak YouTube memulakan sambutan tahunan ini pada tahun 2010.

About Rewind this year. pic.twitter.com/oVayH8iyqG

— YouTube (@YouTube) November 12, 2020

Mengimbas kembali, setiap kali YouTube Rewind dimuatnaik, pasti video tersebut akan menerima jutaan tontonan. Namun, video YouTube Rewind yang dimuatnaik pada tahun 2018 tidak hanya menerima jutaan penonton. Malah, menjadi video paling tidak digemari di YouTube dengan menerima jutaan tanda tidak suka.

Sehingga artikel ini ditulis, lebih 18 juta tanda tidak suka telah diberikan pada video berkenaan. Walaupun YouTube membuat sedikit kelainan pada YouTube Rewind 2019, ia tetap mendapat kritikan dari netizen. Sehingga kini, YouTube Rewind 2019 menerima lebih 9.2 juta tanda tidak suka.

Dalam pada itu, YouTube tidak menyatakan lebih lanjut jika Rewind ini akan kembali pada tahun 2021.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY