YouTube Rewind 2018 Kini Rasmi Sebagai Video Paling Tidak Digemari Di YouTube

Sejak beberapa tahun lalu, YouTube akan memuat naik satu video yang dinamakan YouTube Rewind pada penghujung tahun. Ia dihasilkan bagi mengimbas kembali trend dan video-video popular pada tahun berkenaan,

Setiap kali ia dimuat naik, pasti video tersebut akan menerima jutaan tontonan. Namun pada tahun ini, bukan sahaja ia menerima banyak tontonan, malah ia juga menerima jutaan tanda tidak suka(dislikes). 

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima 11 juta dislikes, sekaligus menjadikannya video paling tidak digemari di YouTube ketika ini. Untuk perbandingan, video ini telah menerima 2.1 juta likes. 

Antara yang dikatakan punca perkara ini berlaku ialah ia bersifat bisnes dan pemasaran semata-mata. Menurut pandangan beberapa YouTuber terkemuka, banyak lagi video-video lain yang sepatutnya diselitkan dalam YouTube Rewind 2018 tersebut.

 

Sumber: Variety

Amir Zakwan

Amir Zakwan

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408