Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Menguji Tetapan Video Chapters Secara Automatik

YouTube Menguji Tetapan Video Chapters Secara Automatik

Diterbitkan November 25, 2020 ยท Dikemas kini Disember 10, 2020 oleh Amalina Athman

YouTube pada Mei lalu telah memperkenalkan Video Chapters, yang membolehkan penonton menavigasi video dengan lebih baik.

Menerusinya, pengguna YouTube boleh melompat (jump forward) ke bahagian tertentu pada video, tonton semula sebahagian video dan banyak lagi.

Bagaimanapun, tidak ramai pengkarya yang menggunakan ciri ini. Antara sebab utama adalah memerlukan masa untuk menetapkannya semasa proses penyuntingan.

Video Chapter automatik

Terbaru, bagi mengatasi masalah berkenaan, YouTube telah menggunakan pembelajaran mesin (machine learning) untuk menetapkan Video Chapters secara automatik. Pengujian bagi ciri baharu ini juga telah mula dijalankan.

Melalui pembelajaran mesin ini, ia digunakan untuk menganalisis setiap segmen, terutamanya jika ada mana-mana teks yang terpapar. Kemudian, segmen berkenaan akan dinamakan secara auto-generate dan melaksanakannya pada video, tanpa sebarang input dari pengkarya yang diperlukan.

Buat masa ini, YouTube telah mula menguji ciri ni bagi beberapa koleksi video dan akan diperkenalkan jika berjaya melepasi fasa ujian.

Sumber: Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY