Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Yoodo Tawar 10GB Data Percuma Sebagai Tanda Perpisahan

Yoodo Tawar 10GB Data Percuma Sebagai Tanda Perpisahan

Diterbitkan Julai 24, 2024 oleh Amalina Athman

Yoodo kini mengumumkan pemberian 10GB data percuma sebagai penghargaan atas sokongan dan kesetiaan pelanggan sepanjang 6 tahun yang lalu.

Dalam notifikasi kepada pelanggannya, Yoodo berkata pemberian data percuma itu akan dibahagikan kepada dua peringkat, dengan masing-masing akan menerima 5GB data pada 24 Julai dan 26 Ogos 2024 untuk talian Yoodo yang masih aktif.

Yoodo PERCUMA 10GB
Kredit: @haryint di platform X

Imbas kembali, Yoodo dalam pengumuman sebelum ini menyatakan perkhidmatan telekomunikasinya akan dihentikan mulai 29 Ogos 2024.

Dengan penutupan jenama itu, pelanggan akan mempunyai tiga pilihan. Antaranya termasuk teruskan pelan sedia ada dengan CelcomDigi, tamatkan perkhidmatan Yoodo atau pindah talian ke perkhidmatan mudah alih pilihan pengguna.

Selain itu, pengguna yang telah menamatkan atau memindahkan talian Yoodo diingatkan supaya mengisi Borang Bayaran Balik Kredit Yoodo, dengan tarikh akhir serahan ialah 29 Ogos 2024. Untuk maklumat lanjut berkenaan borang ini serta lain-lain tindakan yang perlu dilakukan, teruskan bacaan DI SINI.

Berkaitan

  • Langganan Sedia Ada Yoodo Akan Beralih Ke CelcomDigi Selepas 29 Ogos 2024
  • Lakukan Tindakan Ini Segera Jika Anda Tamatkan Pelan Yoodo

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY