Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
yoodo

Lakukan Tindakan Ini Segera Jika Anda Tamatkan Pelan Yoodo

Diterbitkan Julai 24, 2024 · Dikemas kini Julai 24, 2024 oleh ariff bukhari

Seperti semua sedia tahu, perkhidmatan telekomunikasi Yoodo akan ditamatkan pada 29 Ogos 2024 akan datang di mana pelan sedia ada Yoodo akan menjadi salah satu tawaran Prabayar CelcomDigi 5G selepas 29 Ogos 2024.

Jadi, Yoodoo telah mengingatkan penggunanya, khususnya mereka yang telah menamatkan atau memindahkan semua talian Yoodo dalam akaun mereka untuk mengisi Borang Bayaran Balik Kredit Yoodo.

Anda juga diminta semak semula bahawa semua maklumat adalah tepat sebelum menghantar.

“Jangan lupa untuk menyerahkan hanya satu borang untuk setiap akaun e-mel Yoodo. Setelah borang diserahkan, ia tidak boleh ditarik balik. Tarikh akhir untuk menyerahkan borang bayaran balik ialah 29 Ogos 2024. Bayaran balik akan diproses dalam masa 30 hari bekerja.” Yoodo.

Yoodo dalam Soalan Lazim berkaitan perkara ini menyatakan, anda digalakkan untuk menggunakan sebarang baki kredit sebelum menamatkan talian atau memindahkan keluar ke syarikat telekomunikasi lain.

Walau bagaimanapun, anda boleh memilih bayaran balik dengan mengisi borang Bayaran Balik antara 1 Julai 2024 dan 29 Ogos 2024.

Borang tersebut boleh diisi di laman sesawang Yoodo Credits Refund Form – Yoodo.

Bagi pelanggan Yoodo yang mahu kekal setia dengan pelan sedia ada pula, pelan anda itu akan diteruskan dengan CelcomDigi dengan baki kredit anda boleh digunakan untuk pembaharuan pelan CelcomDigi anda.

Manakala bagi mereka yang memutuskan untuk tidak meneruskan pelan sedia ada  dengan CelcomDigi, anda boleh memilih untuk memindahkan nombor Yoodo anda ke syarikat telekomunikasi lain.

Berkaitan

  • Ini Yang Perlu Diketahui Mengenai Penamatan Jenama Yoodo
  • Langganan Sedia Ada Yoodo Akan Beralih Ke CelcomDigi Selepas 29 Ogos 2024

Sumber: Yoodo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY