Yahoo Messenger Secara Rasmi Menutup Semua Servis Mereka Bermula 17 Julai

Berakhirlah satu era bagi Yahoo Messenger (YM) yang menjadi perintis kepada aplikasi mesej di pasaran pengguna. Mereka telah mengumumkan akan menutup servis mereka yang terakhir kepada sistem operasi yang masih menyokongnya bermula pada 17 Julai ini.

Yahoo Messenger yang dimiliki oleh syarikat bernama Oath tidak mendedahkan mengapa YM tidak lagi diteruskan servisnya tetapi dengan penguasaan Facebook Messenger dan juga aplikasi mesej popular lain, tidak menjadi kehairanan mengapa perkara tersebut berlaku.

YM mula digunakan sebagai Yahoo Pager pada tahun 1998 dan menjadi alternatif kepada e-mel dan juga SMS pada ketika itu. Populariti aplikasi tersebut mula merudum disebabkan kemunculan aplikasi lain yang menggunakan perkhdimatan mudah alih yang lebih pantas.

Oath juga memberikan kesempatan terakhir untuk pengguna memuat turun chat history di dalam YM dalam tempoh 6 bulan lagi dengan pergi ke laman INI.

Sumber