Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Umum Penurunan Harga Pada Produk Mereka Sempena Pemansuhan GST

Xiaomi Umum Penurunan Harga Pada Produk Mereka Sempena Pemansuhan GST

Diterbitkan Mei 25, 2018 oleh Haikel Areff

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan(GST) akan dimansuhkan bermula 1 Jun ini dan beberapa buah syarikat sudah pun membuat pengumuman berkenaan penurunan harga produk keluaran mereka bersempena dengan perkara ini.

Syarikat pembangun telefon pintar dari China, Xiaomi juga tidak ketinggalan. Beberapa model keluaran mereka akan menikmati harga runtuh bermula pada 1 Jun ini dan ia termasuk Xiaomi Mi Mix 2 dan Xiaomi Mix 2S.

Berikut adalah senarai telefon pintar yang mengalami penurunan harga menurut kiriman Facebook Xiaomi Malaysia :

  • Mi MIX 2 (6GB+64GB) – RM 1599
  • Mi MIX 2 (8GB+128GB, Ceramic White) – RM 2169
  • Redmi 5 (2GB+16GB) – RM 479
  • Redmi 5 (3GB+32GB) – RM 579
  • Redmi 5 Plus (3GB+32GB) – RM 679
  • Redmi 5 Plus (4GB+64GB) –  RM 799
  • Redmi Note 5 (3GB+32GB) – RM 749
  • Redmi Note 5 (4GB+64GB) –  RM 939
  • Redmi S2 (3GB+32GB) – RM 679
  • Redmi S2 (4GB+64GB) – RM 849
  • Mi MIX 2S (6GB+64GB) – RM 1999
  • Mi MIX 2S (6GB+128GB) – RM 2199

maxresdefault (1)

Selain daripada telefon pintar, produk-produk lain seperti powerbank dan aksesori komputer dan telefon pintar juga akan turut mendapat impak akibat pemansuhan GST ini. Untuk senarai penuh harga baru bagi produk-produk Xiaomi ini, anda boleh lihat di kiriman yang dibuat oleh Facebook rasmi mereka di sini.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
©2026 WISER.MY