Xiaomi Uji Ciri Suntingan Yang Membolehkan Pemandangan Langit Ditukar

Selain menyediakan peranti dengan kebolehan merakam foto yang baik, ciri suntingan juga diperkemaskan untuk memberi lebih pengalaman kepada pengguna.

Berdasar perkembangan terbaru, Xiaomi dilapor sedang menguji fungsi suntingan yang membenarkan pemandangan langit yang berbeza ditukar pada imej. Ia bukan sekadar merubah pandangan langit malah akan memberikan kesan cahaya pada keseluruhan imej serta objek pada foto terbabit.

https://www.youtube.com/watch?v=yPocEF1XyPE

Difahamkan ciri suntingan ini akan hadir pada peranti Xiaomi akan datang sebagai salah satu fungsi pada aplikasi MIUI Gallery.