Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anugerah Red Dot Design 2017 Dimenangi Oleh Xiaomi Mi Band 2

Anugerah Red Dot Design 2017 Dimenangi Oleh Xiaomi Mi Band 2

Diterbitkan April 10, 2017 · Dikemas kini April 10, 2017 oleh Helmi Samsuri

Anugerah Red Dot Design merupakan anugerah bagi reka bentuk produk dan komunikasi antarabangsa.

Penganugerahan dibuat oleh Design Zentrum Nordrhein Westfalen yang terletak di Essen,Jerman dan ia merupakan sebuah institusi reka bentuk tertua serta mempunyai reputasi tinggi dalam bidang reka bentuk.

Druck

Pengeluar dan pereka bentuk dari hampir 54 buah negara telah tercalon dan pemenang akan dianugerahkan pada Julai 2017 ini.

Anugerah ini boleh dianggap sebagai penanda aras kejayaan sesebuah produk tersebut.

Menurut Martin Darbyshire, salah seorang juri,

“Untuk jenama yang tercalon, anugerah Red Dot merupakan penanda aras kejayaan dan memberikan perbezaan berbanding pesaing lain dalam pasaran. Pengguna lebih yakin untuk membeli kerana ia sudah semestinya produk yang terbaik.”

Xiaomi Mi Band 2 memenangi Anugerah Red Dot Design kerana reka bentuknya yang inovatif.

Sebagai penghormatan memenangi anugerah itu, syarikat berkenaan bakal melancarkan Mi Band 2 edisi istimewa dengan meletakkan logo Red Dot pada butang sentuhan dan pada skrin paparan akan ditulis “reddot”.

Sumber: Gizbot

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY