Peranti Xiaomi Dengan Pengecasan 66W Sudah Mendapat Pengesahan Di China

Selain mempertingkatkan keupayaan kamera, pengeluar telefon pintar masa kini juga turut memfokuskan kepada teknologi pengecasan lebih pantas pada penawaran mereka.

Semua sudah sedia maklum, Mi Note 10 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi bakal menyediakan pengecasan pantas 30W dan nampaknya, Xiaomi mahukan kemampuan pengecasan yang lebih lagi untuk produk akan datang.

Antara perkhabaran terbaru, terdapat dua model dengan nombor kod M2001J2E/ M2001J2C dan M2001J1E / M2001J1C, dikesan tersenarai pada pangkalan data badan pengesahan China, CCC.



Menariknya mengenai kedua-dua peranti ini adalah teknologi pengecasan yang disediakan adalah 66W, menjadikannya lebih pantas berbanding peranti sedia ada di pasaran.

Diramal akan membuat kemunculan pada tahun hadapan, masih belum dapat dipastikan sama ada penawaran akan dibuat untuk peranti dari Xiaomi atau sub-jenama Redmi.

Selain daripada itu, informasi tersebut turut memaparkan sokongan rangkaian 5G. Jangkaan awal, teknologi pengecasan tersebut mungkin hadir pada variasi Mi 10 dan Mi Mix 4.

Ketika ini, OPPO Reno Ace merupakan peranti dengan pengecasan paling pantas iaitu 65W yang mana berkemampuan mengisi penuh bateri 4000mAh hanya dalam masa 28 minit.

Sumber: GizmoChina