Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-02-20 at 16.02.28

Xiaomi Beri Idea Apa Yang Boleh Dilakukan Pada iPhone Lama Anda

Diterbitkan Februari 20, 2019 · Dikemas kini Februari 20, 2019 oleh Helmi Samsuri

Usik-mengusik antara pengeluar telefon pintar bukanlah perkara yang asing.

Jika diperhatikan, kebanyakkannya usikan ini dituju kepada peranti Apple. Kini, syarikat berpengkalan di Cupertino itu dilihat sekali lagi menjadi “mangsa bahan” menerusi Instagram Stories Xiaomi India.

Xiaomi Beri Idea Apa Yang Boleh Dilakukan Pada iPhone Lama Anda
Imej: Times of India

Pada perkongsian Stories dengan #thug7life (ditulis secara terbalik), ia memaparkan ayat “What To Do With Your Old Phone?”

Jawapan yang diberikan “#48 Use It As A Coaster”. Melihat kepada telefon yang dijadikan pelapik cawan itu, ia mirip kepada model iPhone 4 atau 4s.

Master (1)
Imej: Times of India

Satu lagi IG Stories, memberi idea “Use It As A Fetch Toy” dan laman Times of India menyatakan telefon pintar yang dibaling itu seakan-akan model pertama iPhone atau mungkin juga iPhone 3G.

Ini bukanlah pertama kali Apple “dibahan”, sebelum ini kita sudah lihat Huawei menyindir Apple, Samsung sindir Apple tentang takuk (tapi akhirnya mereka buat juga) dan awal tahun ini, Google pula dipercayai menyindir Apple melalui papan iklan.

Sumber: Times of India

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY