Kita sudah sedia melihat peranti pintar didatangkan dengan rekaan kamera hadapan, membolehkan nisbah paparan ditingkatkan. Dari takuk, teknologi kamera terangkat hinggalah kepada rekaan punch hole. Inovasi itu nampaknya bakal berkembang lagi kearah penggunaan kamera dibawah skrin paparan dimana dua syarikat telah mempertontonkannya, Xiaomi dan OPPO.
Bercerita mengenainya, Timbalan Presiden Xiaomi, Wang Xiang telah berkongsi informasi lanjut mengenai ciri tersebut. Untuk melaksanakannya, kedudukan kamera masih berada ditempat sama iaitu diatas peranti tetapi tanpa kehadiran takuk atau lubang pada skrin. Ia dilapisi dengan kaca reflektif rendah khas dengan transmisi tinggi.
Selain itu teknologi ini turut menggunakan anod dan katod yang telus berbeza dari paparan normal lain. Apabila berada dalam mod kamera paparan diatas kamera berkebolehan menjadi telus, membenarkan cahaya melepasinya dan menuju kearah lensa serta sensor. Namun jika diluar mod kamera, ia berfungsi seperti skrin paparan biasa yang memaparkan kandungan diatasnya.
Kehadiran teknologi sebegini sudah tentu ditagih pembeli yang kurang gemar dengan rekaan kamera hadapan sedia ada disamping lebih menjamin paparan yang lebih luas untuk ditonton. Diharapkan kita tidak perlu menunggu lama untuk melihat ia ditawarkan pada perantisebenar.
Sumber: Twitter Wang Xiang