Xiaomi Senaraikan Peranti Redmi 6 Pro & Mi Pad 4 Sebelum Hari Pelancaran

Minggu baharu dan Xiaomi sekali lagi dengan khabar mengenai peranti terbaru dari mereka. Kali ini adalah peranti Redmi 6 Pro dan juga tablet untuk pasaran bajet mampu milik yang disenaraikan di laman sesawang Mi.com.

Redmi 6 Pro menawarkan peminat Xiaomi dengan tag harga di bawah bajet RM 1,000 yang menggunakan rekaan takuk pada skrin paparan bersaiz 5.84-inci dengan nisbah skrin paparan 19:9. Ditambah dengan bateri berkapasiti 4,000 mAh dan juga cip Snapdragon 625. Malangnya versi MIUI yang digunakan untuk Redmi 6 Pro ini adalah MIUI 9 yang berasaskan dari Android 8.1 Oreo.

Kapsyen: Gambar dari bgr


Peranti ini menyokong fungsi sistem nyahkunci menggunakan wajah dan mod potrait menggunakan kamera hadapan 5MP. Kamera sistem utama pula adalah dari jenis dwi-kamera (12MP + 5MP) yang berkedudukan menegak dan lampu flash berada di antara dua lensa utama.



Harga yang ditawarkan adalah RM 609 untuk tetapan RAM 3GB & ROM 32GB, RM 731 untuk tetapan RAM 4GB & 32GB dan RM 792 untuk tetapan RAM 4GB & ROM 64GB. Jualan dijangka akan bermula pada tarikh 26 Jun 2018.

Satu lagi peranti yang terlihat di laman sesawang tersebut adalah Mi Pad 4. Tablet yang disasarkan untuk pasaran bajet rendah ini menampilkan cip pemprosesan Snapdragon 600 dan menyokong sokongan slot SIM dengan kebolehan LTE.



Sambungan Wi-Fi berfrekuensi 2.4GHz dan 5GHz juga dibolehkan untuk tablet ini bersama-sama bateri berkapasiti 6,6000 mAh. Kamera yang digunakan tablet ini adalah 13MP untuk kamera utama dan 5MP untuk kamera hadapan.



Harga yang ditawarkan adalah RM 670 untuk tetapan RAM 3GB, ROM 32GB dan sambungan WI-Fi dan RM 853 untuk tetapan RAM 4GB dan 64GB. Untuk mereka yang mahukan Mi Pad 4 dengan sambungan LTE pula, harga sebanyak RM 914 ditawarkan dengan tetapan ruang RAM 4GB dan ruang storan ROM 64GB.