Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Xiaomi Sedang Bangunkan Satu Lagi Varian Mi Note 10 Versi Lite Dengan Kamera Utama 64MP

Posted on Mac 30, 2020

Xiaomi Mi Note 10 telah dilancarkan pada tahun lalu dan diposisikan sebagai kelas pertengahan premium. Ia dijual pada harga yang sedikit tinggi untuk sesebuah peranti kelas pertengahan kerana fokusnya kepada rekaan dan juga kamera.

Hari ini terdapat maklumat mengatakan bahawa Xiaomi sedang membangungkan versi Lite, iaitu varian kurang berkuasa untuk Mi Note 10. Menurut sumber, kebanyakan spesifikasinya adalah sama dengan Mi Note 10 namun dengan sedikit perbezaan yang cukup untuk menampakkannya sebuah peranti versi “Lite”.

Xiaomi M2002F4LG (Mi Note 10 Lite?) specs via @FCC–
Snapdragon 730G
6.47" display
64MP + 8MP + 8MP + 5MP + 2MP (Yes 5 cameras!)
5,260mAh with 30W
Android 10

— Sudhanshu Ambhore (@Sudhanshu1414) March 27, 2020

Peranti tersebut masih lagi dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 730G serta paparan 6.47 inci yang sama. Kamera belakang juga pun masih lagi 5 lensa namun kali ini kesemua lensanya adalah berbeza dengan 64MP utama. Lensa yang lain pula adalah 8MP + 8MP +5MP + 2MP. Kamera swafoto juga telah digantikan dengan sensor bersaiz 16MP berbanding 32MP pada Mi Note 10.

And there's a 16MP front camera, instead of 32MP found in Mi Note 10

— Sudhanshu Ambhore (@Sudhanshu1414) March 29, 2020

Untuk bateri, ia akan dimuatkan dengan 5,260mAh dan tetap menyokong pengecasan pantas 30W. Selain dari itu, maklumat seperti RAM dan storan dalaman masih belum diketahui lagi.

Buat masa ini, belum tiada lagi tarikh pelancaran peranti ini.

Sumber: Sudhanshu A.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress