Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi 11 Rasmi Dilancarkan – Snapdragon 888, 108MP Kamera, Skrin 2K AMOLED

Xiaomi Sahkan Masalah Pengecasan 65W GaN Pada Mi 11

Diterbitkan Januari 5, 2021 oleh Amalina Athman

Xiaomi pada akhir Disember lalu telah pun melancarkan Mi 11 untuk pasaran China. Selain menjadi peranti pertama yang dilancarkan dengan janaan cip Snapdragon 888, peranti ini juga adalah yang pertama dijual tanpa pengecas dalam kotak pembelian.

Walaupun begitu, Xiaomi masih memberikan pilihan kepada pengguna untuk membeli Mi 11 tanpa pengecas atau bersama pengecas GaN 55W pada harga yang sama, dengan bungkusan berasingan.

Memandangkan pengecas tidak ditawarkan dalam kotak pembungkusan, ada pengguna yang memilih untuk menggunakan pengecas Mi GaN 65W yang dijual berasingan. Bagaimanapun, beberapa pengguna kini telah melaporkan masalah apabila menggunakan pengecas tersebut pada Mi 11.

Xiaomi Sahkan Masalah Pengecasan 65W GaN Pada Mi 11

Apabila pengecas 65W GaN disambungkan pada Mi 11, peranti itu dilaporkan mengalami masalah “boot loop”  atau reboot berulang kali. Xiaomi juga dikatakan telah menghentikan jualan pengecas tersebut pada beberapa bulan lalu.

Bagi pihak Xiaomi, mereka telah mengesahkan mengenai isu yang dilaporkan oleh beberapa pengguna. Sementara itu, kemas kini melalui OTA bagi baik pulih isu berkenaan dijangka akan dilepaskan tidak lama lagi. Akan tetapi, tiada tarikh spesifik yang dinyatakan mengenai kemas kini tersebut buat masa ini.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY