Redmi Note 5 akan tampil dengan dua pilihan memori iaitu 4 GB serta 6 GB selain ruang storan 64 GB dan slot kad memori mikroSD sehingga kapasiti maksimum 256 GB. Bagi cip pemprosesan pula, ia bakal dilengkapi dengan cip pemprosesan keluaran Qualcomm, Snapdragon 636 bersama Kyro 260 selain GPU 509.
Peranti ini juga akan hadir dengan bateri berkuasa 4000 mAh serta mempunyai skrin sesentuk berkeluasa 5.99 inci. Bagi ciri kamera pula, Redmi Note 5 akan menggunakan kamera hadapan 20 MP manakala bagi kamera utama, ia bakal mempunya dwi kamera dengan lensa 12 MP + 5 MP. Peranti ini akan menggunakan sistem operasi Android 7.1 serta menjalankan MIUI 9.
Redmi Note 5 ini akan mempunyai empat pilihan warna iaitu hitam, biru, emas dan emas merah jambu. Setakat ini masih belum ada maklumat sama ada model versi India atau China yang akan dilancarkan di negara ini kelak. Dari segi harga pula, pihak Xiaomi Malaysia juga belum membuat pengemuman rasmi namun harga peranti ini dijangka tidak akan melebihi RM 1,000. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari pihak Xiaomi Malaysia dalam masa terdekat.
Sumber
Berkaitan
- Cara Bermain Permainan Android pada Windows
- Vivo X9 and X9 Plus Akan Tampil Dengan Dwi-Kamera 20MP dan 8MP
- Drone Yang Diterbangkan Tanpa Kebenaran Semasa Sukan SEA Akan Dirampas
- AXA AFFIN Pilih Omni Hotline Untuk Gunakan Sistem Telefon Pejabat Maya
- Instapaper Akan Bergabung Dengan Pinterest Hari Ini
- Note 8 Bakal Membawakan Sistem Dwi Kamera Dengan Zoom Optik 3X
- LG Sudah Siap Sedia Tawar Skrin Paparan Boleh Lipat Untuk Pasaran
- Samsung Mahu Cipta Suasana Yang Lebih Moden Dalam Pejabat Melalui Samsung Flip
- Microsoft Lancar Visual Studio Online, Penyunting Kod Dalam Talian
- LG Q6 Diperkenalkan Untuk Kelas Pertengahan- Adik Kepada Model G6