Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Redmi Note 3 Terima Kemaskini Android Marshmallow

Xiaomi Redmi Note 3 Terima Kemaskini Android Marshmallow

Diterbitkan Disember 20, 2016 oleh Helmi Samsuri

Beberapa hari lepas pengguna model Redmi Note 3 akhirnya menerima kemaskini yang dinantikan sejak sekian lama, Android Marshmallow 6.0.1. Telefon keluaran Xiaomi itu dipasarkan pada awal 2016 dan hanya dilengkapi dengan Android Lollipop 5.1.1.

Platform Marshmallow untuk model Redmi Note 3 sebenarnya sudah dikeluarkan pada masa yang sama telefon itu dipasarkan tetapi dalam versi beta. Dan kemaskini yang terbaru ini merupakan versi stabil yang dikeluarkan lewat sedikit atas sebab-sebab tertentu. Dijangka, peranti MIUI yang lain bakal mendapat kemaskini Android Nougat dalam masa yang terdekat.

Walaupunbegitu, terdapat beberapa bug dalam kemaskini tersebut seperti

  1. selepas reboot. pengimbas cap jari tidak berfungsi untuk buka kunci kali pertama dan pengguna terpaksa membuka kunci menggunakan fungsi pattern.
  2. Sentuhan lebih dari satu jari gagal dikesan dalam aplikasi permainan piano (piano+, walk band etc) walaupun screenshot menggunakan 3 jari berfungsi dengan baik.
  3. Bunyi bising kedengaran pada speaker semasa memainkan audio dari YouTube.
  4. Kalendar tidak menunjukkan sesetengah cuti perayaan.
  5. Copy paste kadangkala tidak berfungsi untuk aplikasi Chrome dan Facebook.

Antara senarai kemaskini 8.1.10:

15541955_1326366187429588_8881552119787189700_n

 

15541488_1681063891910009_1322486828285796220_n
Status bar terkini disusun mengikut aplikasi yang kerap digunakan.

Bagi anda yang mengalami masalah bug untuk kemaskini ini, bolehlah menunggu kemaskini 8.1.4.0 yang akan dikeluarkan secara OTA tidak lama lagi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
  • England Lancar Ujian Saringan Kanser Payudara Terbesar Di Dunia Dibantu AI
  • Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Syarat Lesen Khas Untuk Penyedia Permainan Dalam Talian
  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
©2026 WISER.MY