Xiaomi Redmi 6 Pro Diperkenalkan Dengan Rekaan Skrin Bertakuk Dan Kamera Dwi-Lensa

Xiaomi merupakan sebuah syarikat pengeluar peranti mudah alih yang semakin mendapat tempat di hati pengguna telefon pintar di peringkat global. Keupayaan mereka dalam menghasilkan peranti dengan nilai harga dan spesifikasi yang berbaloi menyumbang kepada peningkatan populariti mereka kebelakangan ini.


Kredit : NDTV


Ia diteruskan dengan mereka baru sahaja memperkenalkan sebuah lagi peranti telefon pintar terbaru mereka, Xiaomi Redmi 6 Pro. Peranti ini juga merupakan model naiktaraf kepada peranti mereka yang dilancarkan kira-kira dua minggu lalu iaitu Xiaomi Redmi 6.

Peranti ini akan hadir dengan paparan hadapan 5.84 inci dengan nisbah paparan 19:9 serta resolusi FHD+. Ia juga tidak terkecuali daripada  menggunakan rekaan takuk yang  menjadi pilihan selepas dipopularkan oleh Apple pada iPhone X.

Redmi 6 Pro ini menggunakan kamera utama dwi-lensa 12MP+5MP yang dipasang secara menegak di bahagian panel belakang peranti. Kedua-dua lensa ini dipisahkan oleh lampu flash yang diletakkan di tengah-tangah antara dua lensa berkenaan.



Ia juga bakal mempunyai sokongan fungsi AI namun penggunaan sistem cip Snapdragon 625 telah menimbulkan tanda tanya berkaitan kemampuannya untuk menyokong fungsi Xiaomi AI Face Unlock dan Camera AI.

Antara ciri lain yang ada pada peranti ini ialah ia akan menyokong fungsi pengimbas cap jari dan pengesan wajah untuk nyahkunci peranti. Dari segi bateri pula, peranti ini akan dikuasakan oleh bateri berkapasiti 4,000 mAh tanpa sokongan pengecasan pantas.



Xiaomi Redmi 6 Pro ini boleh didapati dalam variasi warna biru, merah, merah jambu, hitam dan emas. Harga jualan bagi peranti ini di pasaran China adalah pada RMB 999(~RM 613) bagi variasi 3GB RAM/32GB ROM, RMB 1,109(~RM 680) untuk model 4GB RAM/32GB ROM serta RMB 1,299(~RM 798) bagi variasi tertinggi iaitu 4GB RAM/64GB ROM.

Sumber