Xiaomi Redmi 6 Dan Redmi 6A Sudah Rasmi, Dijual Pada Harga RM349 Dan RM499

Peranti bajet Xiaomi Redmi 6 dan Redmi 6A, kini sudah diumumkan bakal ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Hal ini sudah dijangka lebih awal kerana Mi Malaysia sudah beberapa kali memberi bayangan kehadiran dua model kelas permulaan itu.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas Redmi 6 dan Redmi 6A.

Redmi 6 (RM499)



  • Skrin paparan 5.45 inci HD+

  • Kamera swafoto 5MP

  • Kamera utama 12MP + 5MP

  • MediaTek Helio P22

  • RAM 3GB

  • Storan dalaman 32GB

  • Bateri 3000mAh

  • MIUI 10 berasaskan Android Oreo 8.1


Redmi (RM349)



  • Skrin paparan 5.45 inci HD+

  • Kamera swafoto 5MP

  • Kamera utama 13MP

  • MediaTek Helio A22

  • RAM 2 GB

  • Storan dalaman 16GB

  • Bateri 3000mAh

  • MIUI 10 berasaskan Android Oreo 8.1


Difahamkan kedua-dua buah model bakal menemui peminat pada 25 Julai nanti.