Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Manifesto Xiaomi Tertunai Dengan Pelancaran Poco F1, Peranti Snapdragon 845 Termurah Masa Kini

Xiaomi Pocophone F2 Tersenarai Di Laman Penanda Aras Geekbench

Diterbitkan Disember 29, 2018 oleh Haikel Areff

Beberapa hari yang lepas, peminat Pocophone dihidangkan dengan ura-ura pelancaran siri kedua dibawah jenama tersebut, Poco F2 secara mengejut di India. Namun, sehari selepas itu, mereka dikecewakan kerana ia hanyalah pelancaran model Armored Edition di negara itu sahaja.

Baca juga: Tiada Sebarang Pelancaran Pocophone Baharu, Hanya Penawaran Armoured Edition Di India Sahaja

Akan tetapi, luka di hati semua peminat juara telefon bajet 2018 itu pasti akan sedikit terubat apabila Poco F2 dilihat telah tersenarai di laman penanda aras Geekbench baru-baru ini.

Pocophone F1 Armoured Edition Akan Mula Dijual Di Malaysia 27 September Ini
Poco F1 Armored Edition

Menurut penyenaraian berkenaan, Poco F2 dikatakan akan kekal menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 845 selain hadir dengan memori 6GB RAM. Ia juga akan dijalankan dengan Android 9 Pie.

Bagaimanapun, agak mengejutkan apabila markah yang diterima oleh Poco F2 bagi teras tunggal adalah lebih rendah berbanding Poco F1. Tetapi, Poco F2 menerima markah lebih tinggi pada ujian teras pelbagai.

Xiaomi Pocophone F2 Tersenarai Di Laman Penanda Aras Geekbench
Geekbench
Xiaomi Pocophone F2 Tersenarai Di Laman Penanda Aras Geekbench
Geekbench

Tiada sebarang maklumat mengenai ciri atau spesifikasi lain bagi peranti ini yang berjaya kami perolehi. Namun, sekiranya laporan ini tepat, diharapkan pihak Xiaomi Pocophone akan membawa penambahbaikan yang lain bagi menjadikan peranti ini berbaloi untuk dibeli.

 

Sumber: Geekbench    India Today

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY