Tiada Sebarang Pelancaran Pocophone Baharu, Hanya Penawaran Armoured Edition Di India Sahaja

Semalam(25 Disember), pihak kami ada melaporkan mengenai kemungkinan pelancaran mengejut bagi peranti kedua di bawah siri Xiaomi Pocophone, F2. Ia berikutan satu kicauan yang dibuat oleh akaun Twitter POCO India baru-baru ini.

https://twitter.com/IndiaPOCO/status/1077110736747462656?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1077110736747462656&ref_url=https%3A%2F%2Fwiser.my%2Fpocophone-f2-mungkin-dilancarkan-secara-mengejut-hari-ini%2F

Berita ini menimbulkan rasa teruja bukan sahaja kepada pembaca, malah kepada pihak kami sendiri. Malangnya, ia hanyalah sebuah harapan palsu apabila #NewPOCO yang dimaksudkan hanya edisi Armoured Edition di India sahaja.

Perkara itu telah disahkan melalui satu kicauan oleh pihak POCO India sendiri. Ia merupakan penambahan baru kepada Armoured Edition 8GB RAM + 256GB yang sedia ditawarkan di pasaran India sebelum ini.

https://twitter.com/IndiaPOCO/status/1077436274342912001

Perkembangan ini jelas mengecewakan ramai terutamanya peminat Pocophone sendiri. Pocophone F1 sebelum ini telah menjadi fenomena dalam industri telefon pintar apabila menawarkan Snapdragon 845, memori besar pada 6GB/8GB RAM serta sistem penyejukan cecair pada harga sangat mampu milik.

Apa yang jelas, pihak Xiaomi atau Pocophone boleh menjangkakan sambutan hangat sekiranya mereka benar-benar melancarkan model kedua Pocophone kelak. Yang pasti, mereka perlu kekal menawarkan harga terbaik untuk terus diterima oleh peminat.

 

Sumber: POCO India