Xiaomi Perkenal Mi Watch Color Dengan Harga Lebih Murah

Pada November lalu, Xiaomi buat pertama kalinya telah melancarkan jam tangan pintar Mi Watch, dengan rekaan yang seakan Apple Watch. Xiaomi pada hari ini, memperkenalkan satu lagi jam tangan pintar atau dikenali Mi Watch Color yang mempunyai rekaan bulat dan kelihatan lebih tradisional. Ia sudah mula dijual secara rasmi di laman web Xiaomi China dengan harga 799 Yuan (~RM468). Harga yang ditawarkan adalah lebih murah dari Mi Watch.



Mi Watch Color mempunyai binaan keluli tahan karat dengan saiz 46.2mm, skrin AMOLED 1.39 inci dan resolusi 454x454. Ia hadir dengan dua pilihan warna bezel iaitu Elegant Black dan Stylish Silver dengan tali silikon serta boleh dibeli secara berasingan bagi 7 pilihan tali yang berwarna lain.


Jam tangan pintar ini mempunyai kapasiti bateri 420mAh yang mampu bertahan sehingga 14 hari bagi mod penggunaan biasa dan 22 hari bagi mod sukan. Mempunyai sambungan Bluetooth 5.0 serta menyokong Android 4.4 dan ke atas.




Dalam aspek lain, jam tangan pintar ini turut menyokong GLONASS, GPS, NFC, dan kalis air profesional 5ATM. Ia juga menawarkan sokongan pemantauan kadar nadi 24 jam, tenaga, pernafasan, tekanan, tidur dan sebagainya. Terdapat 10 mod sukan seperti renang, berbasikal, mendaki, berlari, berjalan dan lain-lain.

Pada masa ini, Xiaomi masih belum mendedahkan perancangan untuk pasaran global.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=Mg1qJw99ZVY&feature=youtu.be[/embed]

Sumber