Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Dynamic Island’ Tersedia Untuk Peranti Android, Boleh Dimuat Turun Melalui Play Store

‘Dynamic Island’ Tersedia Untuk Peranti Android, Boleh Dimuat Turun Melalui Play Store

Diterbitkan September 23, 2022 oleh Amalina Athman

Umum mengetahui, model iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max didatangkan dengan paparan berlubang berbanding paparan bertakuk pada model sebelumnya. Dinamakan sebagai Dynamic Island, ia hadir dengan sejumlah ciri fizikal seperti paparan muzik yang dimainkan, panggilan masuk dan sebagainya.

Tidak sampai sebulan diperkenalkan, aplikasi yang dinamakan sebagai dynamicSpot kini telah dilancarkan melalui Google Play Store. Dengan menggunakan aplikasi itu, peranti Android kini boleh menggunakan ciri seakan Dynamic Island.

Berkaitan

  • Siri iPhone 14 Pro - Berakhirnya Takuk, Satu-Satunya Dengan 'Always-On-Display'
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Hanya Kurang Seminggu, Pembangun Bebas 'Mi Theme' Berjaya 'Tiru' Ciri Baharu iPhone 14 Pro

Menurut Jawomo yang merupakan pembangun dynamicSpot, aplikasi ini menawarkan ciri pelbagai tugas Dynamic Island, yang menjadikannya mudah untuk mengakses notifikasi terkini atau perubahan status telefon.

Dinyatakan, dynamicSpot menawarkan tetapan yang boleh disuaikan, yang tidak ada pada Dynamic Island. Ia membolehkan pengguna menukar tetapan interaksi, tetapan masa untuk menunjukkan atau menyembunyikan pop-up atau aplikasi yang sepatutnya muncul.

Memandangkan dynamicSpot menggunakan sistem pemberitahuan Android, dikhabarkan ia serasi dengan hampir semua aplikasi seperti notifikasi mesej masuk, aplikasi muzik dan sebagainya.

‘Dynamic Island’ Tersedia Untuk Peranti Android, Boleh Dimuat Turun Melalui Play Store

Selain ciri percuma, dynamicSpot juga menawarkan ciri berbayar dengan harga RM19.99 bagi versi Pro. Namun, perlu diketahui aplikasi ini masih dalam peringkat awal beta dan Jawomo memaklumkan jika pengguna mempunyai sebarang permintaan untuk ciri tertentu atau laporan pepijat, ianya boleh dimaklumkan melalui maklum balas beta di Google Play Store.

Bagi yang sudah memuat turun dan memasang aplikasi dynamicSpot, apa kata anda mengenainya?

Sumber: Google Play Store

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY