Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tabung Haji_1

Tawaran Haji Mula Keluar, Permohonan Rayuan Dalam Talian Dibuka Minggu Depan

Diterbitkan Januari 19, 2024 · Dikemas kini Januari 19, 2024 oleh Amalina Athman

Lembaga Tabung Haji (TH) kini mengumumkan akan mengeluarkan Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaah bagi tahun 1445H/2024M bermula hari ini, 19 Januari 2024.

Berkaitan

  • Arab Saudi Bakal Perkenal Teksi Terbang Untuk Jemaah Haji Tahun Ini

Menurut TH, bakal haji perlu cukupkan bayaran haji dan lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran tersebut dalam tempoh 11 hari bekerja melalui aplikasi/laman web THiJARI atau untuk kes-kes tertentu boleh mengunjungi mana-mana cawangan TH yang berdekatan.

Semakan melalui laman web THiJARI boleh dilakukan dengan cara Log Masuk > Perkhidmatan Haji > Semak Tawaran Haji > Semak Tawaran.

Berikut merupakan kos dan bantuan kewangan haji mengikut kumpulan bagi tahun 1445H/2024M.

Tabung Haji 1445H 2024

Dalam pada itu, TH turut memaklumkan rayuan haji melalui platform dalam talian THiJARI akan dibuka mulai 26 Januari 2024.

Sekilas fakta, untuk permohonan rayuan tunai haji luar giliran, TH menetapkan bayaran penuh sebanyak RM33,300. Bagaimanapun, pengecualian bayaran penuh diberikan kepada mahram bakal haji, pembantu jemaah lanjut usia berumur 75 tahun ke atas atau pembantu jemaah kelainan upaya (OKU).

Bagi mengetahui selanjutnya, rujuk soalan lazim melalui pautan INI.

Sumber: Tabung Haji

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
©2026 WISER.MY