Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
company-oppo-continues-the-thrill-for-coming-to-the-phone-screen-for-oppo-f7-with-a-cut-in-the-middle-part-of-the-upper (1)

Xiaomi, Oppo Tidak Mahu Ketinggalan Dari Menghasilkan Peranti Boleh Lipat

Diterbitkan Ogos 1, 2018 oleh Haikel Areff

Kita telah dihidangkan tentang ura-ura sebuah peranti boleh lipat daripada Samsung sejak awal tahun ini. Beberapa bulan selepas itu, Huawei dengan berani menyatakan mereka yakin akan dapat menghasilkan peranti boleh lipat mereka lebih awal daripada syarikat Korea tersebut.

Namun, nampaknya bukan mereka sahaja yang menyimpan cita-cita untuk menjadi yang terawal mengeluarkan peranti dengan teknologi berkenaan. Ini kerana menurut laporan DigiTimes, Oppo dan Xiaomi turut mahu menyertai perlumbaan tersebut.

Screen Shot 2018-08-01 at 3.32.08 PM

Kredit : GSMArena

Oppo sebelum ini telah mempatenkan satu rekaan bagi peranti mudah lipat mereka, seperti yang dilaporkan pada Januari yang lalu. Peranti berkenaan dikatakan akan menggunakan kamera utama dwi-lensa dan mempunyai bingkai yang sangat nipis.

Manakala bagi Xiaomi pula, ini kali pertama di mana satu laporan yang kukuh menyatakan mereka bersedia untuk membangunkan peranti boleh lipat mereka sendiri. Namun, berbeza dengan pesaing-pesaing mereka, Xiaomi dikatakan akan memfokuskan kepada pasaran China terlebih dahulu bagi memasarkan peranti tersebut.

Xiaomi, Oppo Tidak Mahu Ketinggalan Dari Menghasilkan Peranti Boleh Lipat

Gambar hiasan (Kredit : Android Headlines)

Dua syarikat ini turut dilaporkan sedang mencari pembekal bagi bahan-bahan untuk menghasilkan peranti boleh lipat masing-masing. Tiga syarikat pembekal – BOE Industry, LG Display dan Visionox telah disebut-sebut untuk menjadi pilihan mereka.

Sekiranya laporan ini tepat, kita boleh menjangkakan peranti boleh lipat dengan harga yang lebih mampu milik. Untuk rekod, peranti yang akan dihasilkan Samsung akan dijual dengan harga di antara $1,788 – $2,652(~RM 7,268 – RM 10,780).

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY