Peranti ini akan hadir dengan beberapa fungsi pintar seperti pembilang kalori dan pedometer jika dihubungkan dengan aplikasi yang dibangunkan oleh Xiaomi. Mijia Quartz Watch ini akan mula dijual di pasaran China dengan harga cuma 349 Yuan(~RM 211) sahaja.
Tidak seperti kebanyakan jam pintar yang lain, Mijia Quartz Watch ini akan menggunakan sistem analog dan akan menyelaraskan masa secara automatik serta menyokong fungsi tetapan jam penggera. Semuanya boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi yang sesuai melalui peranti telefon pintar.
Ia boleh dihubungkan dengan sebarang peranti yang menjalankan sistem Android 4.4 ke atas dan iOS 7 ke atas. Walaupun mempunyai fungsi pintar yang agak terhad, ia sudah cukup untuk menarik perhatian pengguna yang sukakan gaya minimalis dan sedikit sentuhan teknologi terkini pada jam yang dipakai.
Jam ini juga mampu bertahan sehingga 30 meter atau 3atm, maka tiada masalah untuk anda menggunakannya sewaktu mencuci tangan atan berjalan di dalam hujan lebat. Namun, pengguna dinasihatkan untuk tidak memakainya sewaktu berenang.
Xiaomi Mijia Quartz Watch akan hadir dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan kelabu namun terdapat kemungkinan warna-warna lain akan turut diperkenalkan kemudian. Peranti ini akan mula dijual di laman Xiaomi Mall, Xiaomi Youpin dan Tmall Xiaomi Flagship Store pada 17 Julai ini.
Sumber
Berkaitan
- (Rabak Kotak) Xiaomi Mi 8 Lite
- Kemaskini Terbaru Aplikasi Samsung Smart View Menjadikannya Seperti Google Chromecast
- Xiaomi Bakal Lancarkan Peranti Dengan Kamera 48MP Pertama Di Dunia Januari Ini
- Xiaomi Game Turbo - Pencabar Baharu Kepada GPU Turbo & Hyper Boost, Akan Diperkenal Bersama Mi 9
- Xiaomi Black Shark 2 Muncul Di Geekbench, Bakal Dirasmikan 23 Oktober Ini
- Xiaomi Malaysia Keluar Kenyataan Rasmi Mengenai Ketibaan Peranti Black Shark
- Xiaomi Mi 9 Terima Markah DxOMark Lebih Tinggi Dari iPhone XS Max & Galaxy Note 9
- Apple Watch Series Two Diumumkan Semasa Pelancaran iPhone 7
- Xiaomi Mi MIX 2S Diperkenalkan Dengan Cip Pemprosesan Qualcomm Snapdragon 845
- Lebih 1.5 Juta Unit Siri Xiaomi Mi 9 Sudah Terjual Setakat Ini