Kali ini mereka dikatakan akan hadir dengan peranti terbaru bagi siri Mi Mix iaitu Mi Mix 3. Peranti tersebut dijangka akan diperkenalkan pada 15 September ini, berdasarkan satu imej poster yang tular di internet.
Kredit : AndroidPure
Melihat kepada imej peranti pada poster tersebut, ia kelihatan akan hadir dengan bingkai yang sangat nipis. Ia sesuai dengan maklumat yang tertiris sebelum ini, di mana Mi Mix 3 dikatakan akan mempunyai kadar paparan pada skrin yang lebih besar berbanding peranti Oppo Find X.
Tidak banyak informasi berkenaan spesifikasi peranti ini namun ia dilaporkan akan menggunakan kamera hadapan yang disembunyikan, sama seperti Vivo Nex dan Oppo Find X. Imej tertiris peranti ini juga tidak melihatkan sebarang lensa kamera pada panel hadapan.
Kredit : Weibo
Buat masa ini, tiada sumber yang kukuh dapat memberikan pengesahan berkenaan perkara ini. Maka seperti biasa, kita perlu menunggu maklumbalas daripada pihak Xiaomi sendiri bagi mengesahkan kesahihan berita ini.
Sumber
Berkaitan
- Penggemar 'Mobile Gaming' Sudah Boleh Dapatkan Peranti Black Shark Bermula Minggu Ini
- iPhone X Dilancarkan Secara Rasmi- Dwi Kamera Dipertingkatkan, Face ID Dan Cip A11 Bionic
- Tukar Bateri iPhone Anda Dengan Harga Diskaun Sebelum 31 Disember Ini
- Rekaan 3D Bagi Telefon Boleh Lipat Samsung Galaxy F Dipertonton
- Kalah Kes Berkaitan Paten, Apple Diarah Bayar $31 Juta Kepada Qualcomm
- Xiaomi Mi 9 Terima Markah DxOMark Lebih Tinggi Dari iPhone XS Max & Galaxy Note 9
- Reka Bentuk Xiaomi Pocophone F1 Tertiris, Hadir Dengan Snapdragon 845 AIE
- Model Mampu Milik ZTE Blade A7 Mula Dijual Pada Harga RM469
- Xiaomi Mungkin Lancarkan Peranti Dengan Cip Snapdragon 855 Pertamanya Minggu Depan
- Facebook Akui 30 Juta Akaun Pengguna Telah Digodam Bulan Lepas