Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rwtur3 j

Xiaomi Mi Mix 2S Dirasmikan Dengan Snapdragon 845 Dan Dwi Kamera Utama

Diterbitkan Mac 27, 2018 · Dikemas kini Mac 27, 2018 oleh Helmi Samsuri

Sudah letih rasanya peminat-peminat Xiaomi membaca khabar angin berkenaan Mi Mix 2S. Namun penantian itu sudah berakhir dimana model berbingkai nipis tersebut dirasmikan dengan jayanya hari ini.

Siri Mi Mix memang terkenal dengan rekaan skrin paparan yang “seksi” dan untuk model kali ini, ia ditambah dengan binaan bingkai besi dan panel belakang yang diperbuat daripada seramik, menambah lagi keanggunannya.

Xiaomi Mi Mix 2S Dirasmikan Dengan Snapdragon 845 Dan Dwi Kamera Utama

Berukuran 5.99 inci, paparan IPS Mi Mix 2S bernisbah 18:9 dengan resolusi FullHD+. Antara naik taraf daripada model terdahulu adalah tetapan dwi kamera 12MP dengan sokongan OIS dan diletakkan secara menegak dipenjuru atas sebelah kiri. Ia merupakan gabungan antara sensor biasa 1.4ɥm piksel bersama-sama sensor telefoto dan dikuatkan lagi dengan ciri AI.

Xiaomi Mi Mix 2S Dirasmikan Dengan Snapdragon 845 Dan Dwi Kamera Utama

Lain-lain spesifikasi adalah penggunaan cip Snapdragon 845, sokongan pengecasan tanpa wayar Qi, MIUI 9.5 berasaskan Android 8.0, bateri 3400mAh berserta pengecasan pantas Quick Charge 3, Bluetooth 5.0, dan port USB-C.

Bahagian memori pula didatangkan dengan pilihan RAM 6GB/ 64GB, RAM 6GB/128GB atau RAM 8 GB/256GB.

Model ini tidak mempunyai slot kad SD mahupun bicu audio 3.5mm dan akan mula dipasarkan pada April nanti.

Harga berbeza mengikut variasi memori dibawah adalah mengikut kadar tukaran matawang semasa.

  • CNY3299 – (~RM2033)
  • CNY3,599 – (~RM2218)
  • CNY3,999 – (~RM 2465)

Sumber: GSM Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY