Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2018-09-20 at 12.57.13 PM

Xiaomi Mi Max 3 Masuk Malaysia Minggu Depan – Bateri 5500mAh Dan Skrin 6.9 Inci

Diterbitkan September 20, 2018 ยท Dikemas kini September 20, 2018 oleh Helmi Samsuri

Sejak akhir-akhir ini Mi Malaysia cukup sibuk membawakan model-model baru ke pasaran tempatan. Terbaru, pengeluar itu dilaporkan akan mula menawarkan Mi Max 3 untuk peminat tidak lama lagi.

Mi Max 3 didatangkan dengan bateri berkapasiti 5500 mAh dengan pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 3.0, dan skrin paparan sebesar 6.9 inci, 6.5% lebih luas berbanding Mi Max 2 tetapi pada saiz badan yang lebih kurang sama.

Mi Max 3_07Bagi tetapan kamera, ia dilengkapi dwi kamera yang dengan sokongan AI menggunakan lensa utama 12MP dan 5MP. Dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 636 dengan kelajuan sehingga 1.8GHz. Menemani komponen dalaman adalah memori RAM 4GB dan ruang storan 64GB serta boleh dikembangkan lagi dengan penggunaan kad MikroSD 256GB.

Mi Max 3_01

Peranti ini juga mempunyai slot kad sim hybrid (2 kad sim/ 1 kad MikroSD). Bagi ciri keselamatan, Mi Max 3 menggunapakai sistem imbasan biometrik wajah dan cap jari yang berada dipanel belakang.

Menjalankan MIUI 9 berasaskan sistem operasi Android Oreo 8.1. Ia akan didagangkan pada harga RM1099 dan penawarannya bakal bermula pada 27 September depan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY