Ia hadir dengan skrin jenis IPS LCD yang bersaiz 6.9 inci beresolusi Full HD+. Paparan skrin ini juga mempunyai nisbah aspek 18:9. Perkara ini akan memberi kepuasan kepada mereka yang gemar menonton video atau melakukan tugasan menggunakan telefon pintar.
Selain hadir dengan skrin yang besar, ia turut dilengkapi dengan kapasiti bateri yang besar. Hadir dengan bateri berkapasiti 5,500 mAh, ia telah mengatasi kapasiti bateri yang ditawarkan oleh Asus Zenfone Max Pro M1. Xiaomi juga mendakwa peranti ini boleh dicas semula sehingga ke tahap 71% dalam masa satu jam.
Dari segi dalamannya pula, boleh dikatakan peranti ini miliki keupayaan mirip dengan model Redmi Note 5. Ia menggunakan cip Snapdragon 636 dan kamera utama dwi-lensa 12MP + 5MP, sama yang digunakan oleh Redmi Note 5. Kamera hadapannya pula menggunakan lensa 8MP.
Mi Max 3 ini akan dijalankan dengan sistem Android Oreo 8.1 dan menggunakan antaramuka MIUI 9.5 dari dalam kotak. Namun peranti ini dijangka akan menikmati kemaskini MIUI 10 mahupun MIUI 11 pada masa akan datang.
Peranti ini hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Black, Blue dan Champagne Gold serta dua pilihan variasi memori dan simpanan dalaman iaitu 4GB RAM + 64GB ROM dan 6GB RAM + 128GB ROM. Harga pasaran bagi peranti ini di pasaran China ialah CNY1,699 (~RM 1,015) untuk variasi 4GB dan CNY1,999 (RM 1,195) bagi model 6GB.
Sumber
Berkaitan
- Edisi Khas Pixel 'Really Blue' Habis Dijual Selepas Beberapa Minit Dilancarkan
- Tetapan Baru WhatsApp, Hanya 'Admin' Yang Boleh Menghantar Mesej
- Maxis Menawarkan Liputan Internet Yang Cemerlang Di KLCC
- "Industri Semikonduktor China Perlu Dipertingkatkan Dengan Segera" - Pengerusi Tencent
- Canon Mahu Mencabar Sony Dengan Memperkenalkan Kamera Mirrorless Baru EOS M6
- 5 Permainan Video Lagenda Yang Semakin Dilupakan Pada Hari Ini
- 5,000 Orang Peminat E-Sukan Hadir Memeriahkan Majlis Pelancaran Kuala Lumpur Esports Masters 2020
- Apple Didakwa Akan Lancarkan Perkhidmatan Penstriman Video Pada 25 Mac Ini Bagi Mencabar Netflix
- Honor Note 10 Diperkenal Secara Rasmi Dengan Mod Double Turbo, Bateri 5,000 mAh
- SONY Mungkin Keluarkan Peranti Playstation Mudah Alih Dengan Sambungan 5G