Antara ciri yang dibawakan pada Mi Band 5 adalah paparan AMOLED yang lebih besar iaitu 1.2 inci berbanding model sebelumnya 0.95 inci. Selain paparan berwarna, ia mengemaskini pengesanan kecergasan serta ciri pengecasan magnetik.
Tawaran peranti ini tambah menarik dengan kolaborasi karakter animasi popular seperti Detective Conan, Spongebob, Hatsune Miku dan lain-lain. Tali peranti juga akan mengikut tema karakter animasi yang disediakan.

Satu lagi tambah baik pada Mi Band 5 adalah ciri pengecasan magnetik yang berada dibahagian bawah. Ia jauh berbeza dengan model-model sebelumnya yang memerlukan peranti ditanggalkan daripada tali. Menerusinya, pengecasan dapat dibuat dengan lebih mudah.
Mi Band 5 turut dilengkapi 11 mod pengesanan kecergasan dan ditambah ciri khusus untuk wanita iaitu penjejakan kitaran haid pengguna wanita.
Terdapat dua versi iaitu sokongan NFC serta tanpa NFC dan ia akan dijual bermula 18 Jun di China. Masing-masing akan dijual pada harga CNY 189 (~RM114) dan CNY 229 (~RM138).
Sebelum ini terdapat khabar angin menyatakan versi NFC akan turut ditawarkan pada pasaran global. Pada model terdahulu, versi NFC kebiasaannya hanya terhad ditawarkan untuk pasaran China sahaja.
Baca juga - Mi Smart Band 5 Versi Global Akan Ditawarkan Bermula Julai
Sumber: XDA-Developers
Sementara itu jika anda berminat untuk memiliki Mi Band 4, boleh beli disini:
Lazada (https://invol.co/cloips)
Shopee (https://invol.co/cloipp)
Berkaitan
- Selepas Seminggu Ditawarkan, Apex Legends Sudah Mempunyai 25 Juta Pemain
- Vivo Y19 Hadir Dengan Tiga Kamera Dan Bateri 5000mAh
- Kerajaan Umum Pemberian RM50 Untuk e-Dompet
- Diskaun RM500 Bagi Pelajar Untuk Pembelian MacBook Air Di Machines
- Diskaun RM500 Untuk TV 4K Xiaomi 55 Inci Sempena Promosi Hujung Tahun
- Xiaomi Tarik Balik Kemaskini Android 10 Untuk Mi A3
- Imej Rekaan Nova 5i Pro Perlihatkan 4 Kamera Belakang
- Samsung Galaxy A54 Dan A34 Bakal Diperkenalkan Di Malaysia 24 Mac Ini
- Dapatkan Mi Box Dengan Melanggan Digi Broadband Sekarang
- Pengecasan Pantas 120W Vivo Mampu Isi Bateri 4000mAh Dalam Masa 13 Minit