Mi Smart Band 5 Versi Global Akan Ditawarkan Bermula Julai

Xiaomi semalam sedia mengumumkan secara rasmi penjejak kecergasan terbaharu mereka iaitu Mi Band 5. Seperti biasa, ia akan dipasarkan di China terlebih dahulu.

Sebagai salah satu penjejak kecergasan popular bukan sahaja di China malah untuk pasaran global, Xiaomi dilihat tidak mahu peminat ternanti-nanti dan telah membuat pengumuman mengenainya.

Menurut Xiaomi, Mi Band 5 yang akan membawakan nama Mi Smart Band 5 akan mula ditawarkan untuk pasaran dunia bermula bulan Julai hadapan.



Melihat kembali kepada penawaran spesifikasi, Mi Smart Band 5 tampil dengan lebih 100 tema untuk paparan skrin utama. Selain itu ia menyajikan kolaborasi bersama karakter kartun serta animasi popular disamping pilihan warna tali yang menarik.

Dari segi mod sukan pula, ia kini menyokong sehingga 11 aktiviti seperti berbasikal, yoga dan lain-lain. Menambah lagi perbezaan dengan model sebelumnya adalah paparan AMOLED yang lebih besar iaitu 1.1 inci.

Seperti keluaran terdahulu, peranti ini juga menyokong ciri arahan suara XiaoAI dan ciri NFC untuk memudahkan transaksi pembayaran tanpa tunai. Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua ciri ini akan hadir ke pasaran global.

Sementara itu jika anda berminat untuk memiliki Mi Band 4, boleh beli disini:

Lazada (https://invol.co/cloips)

Shopee (https://invol.co/cloipp)