Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi Band 4C Berharga RM99 Sudah Mula Dijual

Xiaomi Mi Band 4C Berharga RM99 Sudah Mula Dijual

Diterbitkan Julai 6, 2020 oleh Helmi Samsuri

Xiaomi tidak asing lagi dalam penawaran penjejak kesihatan. Pada bulan lalu, syarikat pengeluar tersebut sudah memperkenalkan Mi Band 5 untuk pasaran China. Nampaknya sebelum kita melihat Mi Band 5 masuk secara rasmi di Malaysia, Mi Band 4C telah diperkenalkan lebih dahulu.

Penawaran ini dilihat sama seperti Redmi Band yang dilancarkan di China sekitar April lepas, tetapi untuk pasaran global lain membawa nama Mi Band 4C.

Xiaomi Mi Band 4C Berharga RM99 Sudah Mula Dijual

Secara zahirnya ia jauh berbeza dari model-model terdahulu dimana paparan warna berbentuk petak digunakan dan ia adalah dari jenis TFT berukuran 1.08 inci.

Dari segi mod kecergasan, ia menawarkan sejumlah ciri penjejakan asas seperti kiraan kalori, pemantauan degup jantung 24/7, pemantauan corak tidur, dan kiraan langkah. Selain itu, antara mod sukan yang dilengkapkan pada model ini adalah jalan laju, berbasikal dan beberapa lagi.

Dari segi janaan kuasa, ia dimuatkan dengan bateri 130mAh dan dikatakan mampu menguasakan peranti sehingga 14 hari. Mi Band 4c juga mempunyai ciri pemberitahuan notifikasi, kawalan muzik dan sokongan ketahanan air 5ATM.

Xiaomi Mi Band 4C Berharga RM99 Sudah Mula Dijual

Mi Band sedia dijual bermula 7 Julai dan tawaran hanya eksklusif tersedia di Shopee Xiaomi Official Store Global pada harga RM99. Namun begitu, ia boleh didapati pada harga lebih murah iaitu RM79 melalui Shopee Flash Sale.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY